Latar Belakang
- Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 26 Disember 2005 dan bergerak secara aktif bermula dari bulan Januari pada tahun 2006 bertempat di Bangunan Mara, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Pada peringkat permulaan, Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan Umrah, ziarah, Haji dan Badal Haji, tempahan bagi Air ZAM ZAM dan sewaan kereta.
- Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap pelancongan di dalam negeri, Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan Pemandu Pelancong bagi memudahkan para pelancong dari dalam dan luar negara melawat ke destinasi menarik di sekitar Kuala Terengganu. Permohonan bagi mendapatkan lesen pelancongan telah dibuat pada tahun 2007, memandangkan pertambahan permintaan bagi tempahan pakej percutian ke pulau-pulau di sekitar Terengganu (Lesen pelancongan diluluskan pada tahun yang sama).
- Pada tahun 2010, Imtiyaz Travel melangkah setapak lagi dengan pembukaan cawangan baru yang bertempat di Kuala Lumpur. Pada 04 Mei 2010, Keahlian bagi menganggotai IATA, yang menjadi syarat untuk Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. berkembang ke peringkat Antarabangsa telahpun diluluskan. Perjanjian (MOU) Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan Muassasah di Arab Saudi juga telah dibuat bagi melengkapkan kemudahan rasmi yang diiktiraf sebagai Pengelola Jemaah Umrah dari Malaysia. Justeru, urustadbir yang profesional menjadi harapan kami sejajar dengan kemudahan-kemudahan terbaik yang kami miliki.
- Permulaan tahun 2011, Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. melangkah ke era pemasaran secara global menggunakan internet sebagai medium bagi memasarkan perkhidmatan yang ditawarkan.Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. telah mengasingkan pemasaran perkhidmatan yang ditawarkan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Haji & Umrah dan Bahagian Domestik & Antarabangsa bagi melancarkan lagi pergerakan, meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta mempelbagaikan lagi produk pelancongan untuk tahun yang mendatang.
- Pada 14 Jun 2011, Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. telah dilantik oleh MATTA (Terengganu) sebagai : Chapter Vice Chairman (Inbound & Ground Transportation). Pada 23 Julai 2011, Pusat jualan Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. telah dibuka dan bertempat di Shah Alam, Selangor, bertujuan memperkembangkan lagi perniagaan Syarikat.
- Seterusnya pada tahun 2012 dan 2013, Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd mengorak langkah kehadapan dengan pembukaan beberapa cawangan baru di beberapa tempat strategik di Malaysia. Antaranya ialah Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuantan, Pulau Pinang dan terbaru di Ampang. Cawangan-cawangan ini telah memberi impak yang besar dalam memajukan Imtiyaz seterusnya meletakkan Imtiyaz sebagai salah sebuah agensi pelancongan yang berdaya saing di Malaysia.